Belajar bersama
malaikat
Malaikat-malaikat akan
singgah dan duduk bersama-sama dengan mereka yang menghadiri majlis-majlis ilmu
dan Allah akan memberkatinya.
Para pelajar,
orang-orang yang menuntut ilmu, murid-murid atau apa saja panggilan kepada orang-orang
yang belajar akan sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t. dan malaikat sentiasa mendoakan
kesejahteraan mereka, bahkan malaikat akan duduk bersama-sama dengan pelajar-pelajar
itu. Begitu mulia kedudukan seorang pelajar yang bersungguh-sungguh mencari keredaan
Allah s.w.t. sehingga kedudukan mereka diangkat setaraf dengan kemuliaan dan kepatuhan
malaikat.
Perjalanan
seorang pelajar untuk menuju ke pusat pengajiannya akan dipermudahkan oleh Allah
s..w.t. baginya jalan untuk mencapai syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan dan
matinya semasa dalam perjalanan itu dianggap sebagai mati syahid.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan