Adab guru dan murid
Adab guru yang memberi
ilmu dan murid yang mencari ilmu:
1. Mempunyai niat yang jujur dan ikhlas.
2. Tawadu’ – merendah diri.
3. Takut dan gerun kepada Allah
4. Sedar diri dan kembali kepada yang benar jika jelas kebenarannya.
5. Lebih banyak diam dan kurangkan bercakap.
1. Mempunyai niat yang jujur dan ikhlas.
2. Tawadu’ – merendah diri.
3. Takut dan gerun kepada Allah
4. Sedar diri dan kembali kepada yang benar jika jelas kebenarannya.
5. Lebih banyak diam dan kurangkan bercakap.
Niat amat penting dalam
amalan setiap muslim kerana Allah memandang kepada niat dalam segala tindak tanduk
individu. Walaupun pun perbuatannya baik tapi dengan niat yang buruk maka amalan
itu tidak akan diterima Allah s.w.t.
Walaupun seseorang itu dianugerahkan
dengan otak yang bergeliga dan pintar, tidak seharusnya dia merasa bongkak dan sombong.
Seharusnya dia patut merasa gerun dan takut dengan balasan daripada Allah s.w.t.
kerana ilmu yang dia ada itu merupakan anugerah Allah s.w.t. dan bila-bila masa
saja Allah boleh mengambilnya kembali dengan berbagai cara samada dia boleh jadi
pelupa, sakit, cacat dan sebagainya. Semoga kita dijauhkan daripada semua itu dan
dimasukan kita semua dalam golongan manusia yang sentiasa bersyukur.
Bersambung…



Tiada ulasan:
Catat Ulasan