Isnin, 13 Jun 2011

Kerugian manusia

Kerugian manusia

Orang yang dikatakan rugi itu bukanlah rugi disebabkan kehilangan harta benda tetapi rugi kerana tidak memanfaatkan masa yang ada untuk memperkayakan ilmu dan tidak menggunakan kecerdikan dan kepintaran yang dianugerahkan Allah kepadanya.

Masa tidak menunggu kita. Masa itu diibaratkan seperti emas. Ia amat berharga. Bahkan lebih mahal daripada emas kerana apabila masa telah berlalu, ianya tidak dapat di ambil balik atau diputarkan waktunya kembali. Anda tidak dapat membeli waktu yang telah berlalu.

Manfaatkan waktu atau masa anda. Jangan dibiarkan ia berlalu dengan membuat perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kelak anda akan menyesal dikemudian hari. Percayalah!!!!!

Tiada ulasan: