Khamis, 2 Jun 2011

Manusia yang hidup

Manusia yang hidup
Manusia yang sentiasa hidup dan namanya menjadi sebutan ramai ialah:
- orang yang bercita-cita dan bersemangat tinggi.
- Orang yang berilmu pengetahuan.
- Orang yang berjasa.

Semangat dan cita-citanya menjadi idola masyarakat dan pencapaiannya dalam bidang-bidang tertentu menjadi sebutan ramai walaupun beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini.

Orang-orang yang berilmu, para ulama dan intelektual telah meninggalkan hasil tulisan dan pengajarannya sehingga beratus tahun dan namanya sentiasa menjadi sebutan masyarakat seolah-olah beliau masih lagi hidup.

Begitu juga dengan orang yang berjasa dalam masyarakat dan umat. Nama-nama mereka akan disebut-sebut dan diingati menjadikan mereke-mereka ini hidup bersama-sama masyarakat.

Tiada ulasan: