Jumaat, 23 Disember 2011

Bergurukan syaitan



     Bergurukan syaitan


Belajar hendaklah dengan cara berguru kerana belajar tanpa guru seolah-olah bergurukan syaitan kerana syaitan akan menyelewengkan kefahaman kita. Mendapatkan ilmu dengan cara berguru akan membentuk akhlak yang baik dengan cara meniru akhlak yang ditunjukan oleh guru tersebut. Guru juga akan membetulkan kesilapan fahaman semasa belajar.
Sekarang zaman siber. Banyak ilmu yang dapat dipelajari melalui alam siber ini. Belajar apa saja yang dihidangkan melalui internet ini samada masakan, jahitan, permotoran, sains, teknoloji dan segala macam ilmu yang ada. Tetapi yang sebaik-baiknya mestilah berguru iaitu ada perbincangan dan diskusi antara guru dan murid yang dapat menjawab segala kemusykilan yang timbul. Lebih-lebih lagi ilmu agama yang perlukan bimbingan yang sempurna agar tidak terseleweng dari nas yang asal. Kerana syaitan sentiasa mengganggu hati manusia agar was-was dan sentiasa mengajak manusia untuk menyeleweng daripada kebenaran.
  




Tiada ulasan: