Ilmuan
Manusia
yang paling dekat dengan para nabi ialah para ilmuan dan pejuang jihad. Kerana
ilmuan diibaratkan sebagai tempat rujukan risalah rasul. Adapun pejuang jihad
ialah mereka yang mempertahankan segala ajaran rasul.
Orang-orang bijak pandai atau para intelek merupakan golongan
yang menjadi idola pada masyarakat. Merekalah yang menjadi tempat untuk merujuk
sesuatu masalah yang berlaku dalam masyarakat. Segala persoalan dunia dan
akhirat menjadi tanggungjawab para intelek untuk menghibahkannya.
Selain daripada golongan intelek, manusia juga memerlukan
pejuang jihad atau orang yang berani untuk mempertahankan ajaran yang telah
dibawa oleh para rasul. Islam yang kita anuti hari ini telah dipertahankan oleh
golongan-golongan yang berani sehingga kita dapat merasai nikmat Islam dan iman
dengan sempurna.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan