Rabu, 16 November 2011

…sambungan adab menuntut ilmu


4 . Menghormati para ulama dan majlis ilmu serta meraikan mereka. Antaranya ialah:
- Apabila pelajar mendengar daripada gurunya sesuatu cerita atau masalah yang telah diketahuinya maka apa yang perlu dilakukannya ialah diam dan tidak menyampuk.
- Dilarang melawan atau bertengkar dengan gurunya.
- Dilarang mengemukakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya disoal, melainkan untuk mendapatkan ilmu dan fahaman yang lebih dan berbahas secara betul.
- Di larang mencela ulama semata-mata kerana perbezaan pendapat.
Akhlak beginilah yang patut diamalkan oleh seorang murid untuk mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Menghormati guru dan menerima ilmu dengan penuh keinsafan akan menjadikan seseorang murid itu dirahmati Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Ingatkan, sewaktu kita berada didalam kelas atau majlis ilmu, malaikat sentiasa berada bersama kita menjaga dan mendoakan kita.
bersambung...

Tiada ulasan: