Khamis, 15 Disember 2011

…sambungan Burung intelektual


…sambungan
Suatu hari hujan turun dengan lebatnya serta dengan angin ribut yang kencang. Lalu semua monyet dalam hutan itu pun berlari mencari tempat perlindungan. Maka datanglah seekor monyet kebawah sarang tempua itu untuk berteduh dari hujan. Apabila burung tempua melihat keadaan monyet yang menggeletar kesejukan itu, lalu ia berkata “Hai monyet, bukankah tubuh mu dijadikan Allah lebih besar daripada tubuhku, lagipun kekuatanmu lebih daripada kekuatanku? Kenapa engkau tidak boleh membuat tempat tinggalmu seperti aku ini supaya apabila hujan turun engkau boleh berlindung didalamnya? Kenapa engkau menyiksa dirimu dengan kelakuan yang malas ini?”
Orang yang malas akan sentiasa dihina dan dicaci. Badan yang besar dan kuat tidak semestinya mempunyai otak yang cerdas. Cerita ini patut menjadi iktibar kepada kita untuk tidak menumpang kesenangan orang lain. Sebaliknya mesti berusaha untuk melengkapkan kehidupan diri sendiri dan keluarga agar tidak bergantung dengan belas ehsan orang lain. Ikutilah cerita yang menarik ini seterusnya…
…bersambung


Tiada ulasan: