Isnin, 5 Disember 2011

Ilmu jalan kesyurga


   Ilmu jalan kesyurga

Sesiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.
Para ilmuan yang beriman adalah calon-calon ahli syurga. Setiap ilmu yang dipelajari akan memberi manfaat kepada seseorang di dunia ini dan akan memberi syafaat kepadanya di akhirat nanti.
Seseorang yang belajar sesuatu pelajaran bererti ia mengenal Allah. Setiap manusia yang mengenal Allah bererti ia mengetahui hakikat kehidupan yang akan berakhir di akhirat nanti. Manusia yang percaya kepada kehidupan akhirat yang terdapat syurga dan neraka akan berusaha mendapatkan kedudukan yang terbaik di syurga kelak. Untuk mendapat kedudukan terbaik di syurga sudah tentu memerlukan akhlak yang baik juga yang membuat segala suruhan dan meninggalkan larangan Allah. Inilah calon-calon penghuni syurga Allah.

Tiada ulasan: